BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 31 December 2012

Kecelaruan jiwa.. 24/12/2012

Percintaan dlm hidup aku umpama air dgn minyak.. Tak dpt bersatu walau mcm mana pun dicuba.. Tapi kalau diletak kan limau, pasti akan bersatu.. Cinta dlm hidup aku juga umpama badai.. Selalu sahaja ada masalah.. Dan sering kali ada halangan.. Yah.. Aku mungkin tidak layak utk dicintai.. Terlalu ramai gadis yg aku cinta.. Tapi tiada satu pun yg mahu bersamaku.. Kalau ada sekali pun.. Ia tidak kekal lama.. Pasti ada sahaja yg tidak kena.. Waktu ini aku ingin luahkan serba sedikit tentang hidupku yg agak menyedihkan ini.. Aku pernah ada seorang kekasih yg setia.. Tapi kami berpisah kerana hal.keluarga.. Dgr kabar dia sudah bertunang di awal usia. Tidak perlu lha lagi ku menunggu dirinya.. Kemudian aku terjumpa seorang gadis yg sangat menarik perhatian dari setiap sudut.. Dia cantik.. Menawan dan sangat istimewa bagiku.. Sehingga dia mampu mengubah serba sedikit diriku. Namun seperti biasa jatuh cinta mmg mudah tapi utk membuat si dia jatuh cinta pada diri kita balik.. Amat mustahil bagi kita termasuk diri aku yg sudah terbiasa menganggap tiada benda yg mustahil selagi kita berusaha dan terus mencuba tanpa putus asa.. Tapi, cinta tidak boleh dipaksa. Beberapa hari kemudian.. Berita tergempar berlaku dimana ramai org mula tahu yg aku mula mencintai dia.. Agak terkejut dari mana mereka dpt berita tersebut.. Namun aku tak sedar yg perkara ini membawa masalah dimana seorang kawan lama dimana juga dinyatakan kekasih kpd gadis yg aku cinta.. Akan marah pada diriku..

Ingin bergaduh dan bertumbuk.. Siapa menang dia dpt gadis tersebut.. Namun, aku menolak.. Bukan kerana takut.. Tapi, menyerah di awal waktu sebelum apa-apa permusuhan berlaku diantara sahabat lama.. Biar lah mereka bahagia.. Baru-baru ini aku dgr bahawa mereka berdua sudah berpisah.. Ingin sekali aku menyambung niatku yg dahulu.. Tapi dibatalkan.. Kerana, aku terfikir.. Siapalah aku utk nya? Sedangkan dia masih ada menyimpan sedikit perasaan terhadap sahabat lama ku itu.. Disini aku tidak ingin menyatakan nama mereka berdua kerana takut akan membawa masalah.. Gadis itu sudah lama aku perhatikan. Semakin hari semakin cantik. Tapi senyumnya semakin kurang tidak seperti selalu yg aku lihat. Kebanyakkan kisah cinta aku akan mengisahkan antara aku , sahabat lama dan gadis tersebut.. Aku tak pernah melupakannya dlm fikiranku.. Sudah banyak kali dicuba tapi tetap juga gagal. Entah mengapa aku rasa seperti hanya dia, gadis yg boleh membuat aku gembira. Hati aku selalu berdegup melihatnya dan aku mula tidak tentu arah. Setiap kali aku ingin melihat wajahnya tidak kira dari jauh.. Aku akan berpaling muka. Kerana aku tahu aku tidak berhak.. Aku cuba melupakannya dgn mencari gadis lain namun.. Tiada satu pun yg mampu membuat aku melupakan dia.. Skrg aku dilanda masalah dimana aku telah mencintai 6 gadis.. Termasuk gadis idamanku itu.. Aku tidak tahu mengapa.. Aku seperti mempermainkan mereka.. Mempergunakan mereka, utk aku melupakan dia. Aku harap suatu hari nanti akan ada seseorang yang..

Yang mampu membuat aku melupakan dia.. Dan mungkin orang itu boleh dijadikan seorang isteri yg tersayang.. Sampai sini sahaja lah kisah cinta aku.. Maaf kerana penggunaan bahasa yg tidak menentu dan mungkin susah utk anda fahami.. Aku tidak biasa berbahasa melayu, kerana aku selesa berbahasa english.. Namun bahasa english aku tidak lha begitu baik.. Cukup utk menolong diriku sekiranya perlu. Sekian kisah dari aku. Eddie.

0 comments: